BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Toyo Tyre Dan UniMAP Jalin MoU Perkukuh Pembangunan Bakat, Tingkat Kebolehpasaran Graduan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Toyo Tyre Dan UniMAP Jalin MoU Perkukuh Pembangunan Bakat, Tingkat Kebolehpasaran Graduan​

bbebf758210cd228ffe0ee3ecd49c54b6a7eb7c7569d1


Kerjasama strategik Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tyre) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka memperluas peluang pelajar mendapat pendedahan kepada amalan industri sebenar.

Usaha itu sekali gus membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia Mike Toh Poh Keong berkata kerjasama berkenaan menumpukan kepada program latihan dan penempatan industri pelajar, pembangunan bakat, latihan profesional serta peningkatan kemahiran selaras dengan keperluan industri.

“Kerjasama itu turut merangkumi pelaksanaan projek penyelidikan dan inovasi bersama serta perkongsian ilmu dan kepakaran antara industri dan akademia.

“Ia bagi merapatkan jurang antara pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan keperluan di tempat kerja,” katanya ketika berucap pada majlis pemeteraian MoU antara Toyo Tyre dan UniMAP di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Mike berkata kerjasama erat antara industri dan akademia penting bagi memastikan bakat yang dilahirkan institusi pendidikan tinggi mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang relevan dengan perkembangan industri.

“Melalui kerjasama itu juga kami berhasrat menyediakan peluang pembelajaran yang bernilai, menyokong penyelidikan dan inovasi serta menyumbang kepada pembangunan graduan berkemahiran tinggi, yang mampu memacu kemajuan perindustrian dan teknologi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UniMAP Profesor Ir Ts Dr Shahriman Abu Bakar berkata kerjasama berkenaan akan memberikan pendedahan lebih luas kepada pelajar terhadap amalan industri sebenar, selain membuka peluang kepada pelaksanaan penyelidikan bersama dan projek berteraskan inovasi.

 
Back
Top
Log in Register