combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
ADI Perkukuh Pembangunan Bakat, Tarik Pelaburan Berkualiti Tinggi Ke Malaysia
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin ketika sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia memperkukuh agenda pembangunan modal insan menerusi Akademi Dalam Industri (ADI) sebagai antara instrumen utama reformasi pasaran buruh bagi memperkasakan pembangunan bakat, meningkatkan produktiviti dan memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.
Inisiatif itu, yang diterajui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja menerusi pendekatan berasaskan keperluan industri khususnya dalam mendepani perubahan teknologi, peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan permintaan terhadap kemahiran baharu.
Menurut perbadanan itu, ADI bukan sekadar program latihan atau penempatan pekerjaan tetapi instrumen strategik negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing daripada 15 kepada 10 peratus menjelang 2030, mengekalkan nilai ekonomi dalam negara dan merealisasikan sasaran median gaji sektor pembuatan RM4,510.
“Menerusi pendekatan ‘Place and Train’, peserta ditempatkan terus di industri dengan komposisi 80 peratus latihan praktikal berasaskan tempat kerja dan 20 peratus pembelajaran teori sekali gus memastikan pembangunan bakat berlaku mengikut keperluan sebenar industri,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Bagi memperkukuh agenda berkenaan, MPC baru-baru ini menganjurkan Persidangan Kebangsaan Akademi Dalam Industri 2026 bertemakan Advancing Productivity Through Skilled Future-Ready Talent yang menghimpunkan pemain industri, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan rakan strategik.
Ia turut mengetengahkan peranan ADI Clearing House sebagai platform penyelarasan bakat yang membantu mempercepat pemadanan pekerjaan dan memperkukuh penggunaan AI sebagai pengganda produktiviti sekali gus mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin dalam ucapan perasmiannya memuji langkah strategik itu, dengan menyifatkan pembangunan bakat tempatan kini merupakan kelebihan daya saing terbaharu Malaysia di mata pelabur asing.
“Pelabur hari ini tidak lagi memilih sesebuah negara hanya kerana kos buruh yang rendah. Mereka memilih negara yang mampu menyediakan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi, produktif dan bersedia memenuhi keperluan teknologi.
“ADI merupakan bukti komitmen Malaysia dalam membina ekosistem yang diyakini oleh industri global,” menurutnya dalam kenyataan sama.