BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UKM Perluas Kerjasama Global Tingkat Kebolehpasaran Graduan, Kemampanan KewanganÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bcc24c70d1495d50696c5f4f13a773f169c53213235e2

e35272e022868a24bd242c743dd294cb69c53242ed535

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh (tujuh,kiri) bergambar kenangan dengan ahli panel pada Majlis Pertemuan dan Pembentangan Bersama Majlis Penasihat Industri Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sebuah hotel hari ini.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) peringkat tinggi bagi merangka strategi baharu dalam pembangunan bakat, penyelidikan dan kemampanan kewangan untuk menghadapi dunia yang berubah dengan pantas.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr Sufian Jusoh berkata mesyuarat sulung majlis itu telah  menghimpunkan 16 profesional terkemuka daripada sektor seperti semikonduktor, penjagaan kesihatan, kecerdasan buatan (AI), kewangan, ekonomi dan perdagangan, yang mewakili negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Filipina dan Malaysia.

Beliau menyifatkan majlis itu sebagai platform strategik bagi memanfaatkan kepakaran global dan mempercepat reformasi yang diperlukan bagi memperkukuh daya tahan universiti, khususnya dalam menangani cabaran pembiayaan serta menyediakan graduan untuk kerjaya antarabangsa.

“Ini kali pertama UKM menubuhkan majlis seperti ini, yang menghimpunkan pakar dari seluruh dunia bagi memberikan input secara langsung untuk Pelan Strategik 2026-2030 kami.

“Kami bukan sahaja menumpukan kepada pengukuhan penyelidikan dan pendidikan, tetapi juga  pembangunan modal insan yang berdaya tahan, kemajuan pendigitalan selain memastikan universiti kekal mampan dari segi kewangan dalam jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas sesi pertama majlis itu, di sini hari ini.

Beliau berkata universiti perlu menyesuaikan dengan realiti baharu, termasuk pengurangan pergantungan kepada sumber pembiayaan tradisional dan keperluan mendesak untuk memanfaatkan inovasi secara komersial.

“Universiti hari ini tidak boleh bergantung semata-mata kepada pembiayaan kerajaan. Kita perlu meneroka aliran pendapatan baharu melalui pengkomersialan harta intelek, meneroka inisiatif modal dan pembiayaan orang ramai untuk menyokong kemampanan jangka panjang,” katanya.

Sufian berkata UKM juga sedang meneroka bidang baharu seperti AI prompting serta teknologi canggih, sambil memperkukuh infrastruktur digital dan fizikal bagi menyokong persekitaran pembelajaran dan penyelidikan moden.

UKM turut memperluas strategi capaian global untuk mempelbagaikan pasaran pelajar dan meluaskan jangkauan program ke wilayah-wilayah lain.

 
Back
Top
Log in Register