BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia Buka Laluan Kerjaya Kepada Golongan Belia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia Buka Laluan Kerjaya Kepada Golongan Belia​

620ede1824a240e543e63f5213041c3d6a85984629547

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar bercakap ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kali Ke-6 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia telah melahirkan kira-kira 5,500 graduan dalam bidang perkhidmatan makanan dan hospitaliti sejak 2018, sekali gus membuka peluang kepada golongan muda untuk membina kemahiran, keyakinan dan masa depan kerjaya yang lebih jelas.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata setiap anak muda berhak mendapat peluang untuk membina masa depan tanpa mengira latar belakang atau titik permulaan mereka.

“Melalui Akademi Vokasional McDonald’s, kami mahu membantu anak muda membina kemahiran, keyakinan dan kelayakan yang boleh membuka lebih banyak peluang untuk terus berkembang.

“Apabila kira-kira 80 peratus graduan terus bersama McDonald’s dan lebih 250 telah berkembang ke jawatan penyeliaan dan pengurusan, ia menunjukkan bahawa peluang pertama boleh menjadi permulaan kepada kerjaya yang lebih besar,” katanya pada Majlis Konvokesyen Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia keenam baru-baru ini.

Beliau berkata akademi itu kini melahirkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 pelajar setahun, dengan jumlah berkenaan disasarkan meningkat kepada 6,000 pelajar setahun menjelang 2028 menerusi peluasan kerjasama dengan institusi pendidikan serta pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADI).

Azmir berkata usaha itu selaras dengan komitmen McDonald’s Malaysia untuk memperkukuh pembangunan bakat tempatan dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri makanan dan minuman, termasuk syarikat itu sendiri yang memerlukan kira-kira 20,000 pekerja setiap tahun.

“Pendekatan ini juga selari dengan saranan kerajaan supaya industri menjadi rakan aktif dalam membangunkan bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara, dengan memastikan latihan yang ditawarkan memenuhi keperluan sebenar pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata McDonald’s Malaysia telah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Sumber Manusia dan institusi pendidikan bagi mempromosikan program ADI supaya lebih ramai belia, khususnya dari luar bandar dan keluarga kurang berkemampuan berpeluang mengikuti latihan di Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.

Azmir berkata selepas tamat latihan, pelajar mempunyai laluan perkembangan kerjaya yang tersusun, bermula sebagai kru sebelum berkembang menjadi ketua kru, penolong pengurus restoran dan seterusnya pengurus restoran, selain berpeluang menyertai latihan lanjutan dan membina kerjaya dalam peranan operasi atau korporat.

 
Back
Top
Log in Register