combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (tengah) bergambar pada Majlis Konvokesyen Kali ke- 5 Akademi Vokasional McDonald's Malaysia di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam hari ini.
Program Perantis Vokasional McDonald’s Malaysia yang menyediakan akses pendidikan relevan dan berdaya saing untuk golongan muda adalah selari dengan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkenalkan kerajaan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata menerusi program ditawarkan Akademi Vokasional McDonald's Malaysia itu, belia lepasan tingkatan tiga bukan sahaja berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) malah boleh melanjutkan pengajian tanpa menanggung bebanan kewangan.
Beliau berkata lebih 70 peratus daripada 5,000 graduan lepasan akademi berkenaan yang dibuka pada 2018 telah diserap bekerja di rangkaian syarikat perkhidmatan makanan global berkenaan di seluruh negara manakala selebihnya memilik bekerja di syarikat yang relevan, menyambung pengajian dan membuka perniagaan sendiri.
“Ini adalah bukti pengiktirafan terhadap model kerjasama kerajaan-industri, sejajar dengan matlamat besar negara untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran, berkualiti dan berdaya saing.
“Pendekatan ini juga sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap anak muda mempunyai akses kepada pendidikan yang relevan dan boleh dipasarkan dan pada masa sama memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi latihan dan industri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kali Kelima Akademi Vokasional McDonald’s yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar.
Sebanyak 1,150 graduan menerima SKM Tahap Tiga dan DKM Tahap Empat pada majlis tersebut.
Rubiah turut menyeru lebih banyak syarikat dan majikan untuk tampil memainkan peranan lebih besar dalam menyokong sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara, sama ada melalui program perantis, pelaburan dalam akademi korporat atau pemindahan teknologi.
Beliau berkata model kerjasama yang inklusif dan mampan antara kerajaan, institusi latihan dan industri merupakan kunci bagi memastikan negara tidak hanya memiliki tenaga kerja mencukupi tetapi benar-benar bersedia untuk ekonomi masa hadapan.
Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia Tawar Akses Pendidikan Relevan
Rubiah Wang, TVET, Program Perantis, Vokasional Mc