combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Meril Melancarkan Akademi Pertamanya di Malaysia, Mengukuhkan Rangkaian Pendidikan Global
Kuala Lumpur, 14 Julai (Bernama) – Meril, syarikat MedTech global terkemuka berpangkalan di India, hari ini mengumumkan pelancaran Meril Academy Kuala Lumpur, akademi pertamanya di Malaysia.
Presiden Hal Ehwal Kerajaan Global Meril, Dr Vibhav Garg berkata Penubuhan ini menambah kepada rangkaian pendidikan global Meril yang semakin berkembang, mengukuhkan keyakinan bahawa inovasi dan pendidikan saling melengkapi dalam memajukan penjagaan kesihatan serta meningkatkan hasil rawatan pesakit.
Beliau berkata sebagai platform global untuk pendidikan klinikal, Meril Academy Kuala Lumpur menghimpunkan para profesional kesihatan untuk pendidikan yang dikendalikan pakar, latihan berasaskan simulasi, bengkel praktikal, pembelajaran yang dirangka dengan teliti serta kerjasama klinikal.
Menurutnya dengan menggabungkan pengetahuan saintifik, kepakaran klinikal dan teknologi inovatif, akademi ini bertujuan memperkukuh keupayaan klinikal, menggalakkan pertukaran ilmu serta menyokong penerapan teknologi perubatan baharu.
"Di Meril, kami percaya inovasi dan pendidikan berjalan seiring. Inovasi mendorong pembangunan teknologi perubatan canggih, manakala pendidikan memperkasakan profesional kesihatan untuk menggunakannya dengan yakin dan tepat. Meril Academy Kuala Lumpur mencerminkan komitmen kami untuk mewujudkan platform pembelajaran bertaraf dunia yang memupuk pendidikan berterusan, kerjasama klinikal dan pembangunan kemahiran,” kata Dr Vibhav Garg.
Malaysia dipilih kerana kedudukan strategik, ekosistem penjagaan kesihatan yang kukuh, serta peranannya sebagai hab serantau bagi inovasi dan pendidikan perubatan.
Ini membolehkan Meril menyokong profesional kesihatan di Malaysia dan rantau ASEAN,” katanya.
Meril Academy mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat dalam memperkasakan profesional kesihatan melalui pembelajaran berterusan, kerjasama klinikal dan pertukaran pengetahuan saintifik.
Dalam Tahun Kewangan 2025–26, Meril Academiestelah menganjurkan lebih 150 program pendidikan dan bengkel, melibatkan lebih 6,000 profesional kesihatan di seluruh dunia.