combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengerusi Jawatankuasa Penggalakan dan Peningkatan Pendidikan Tinggi ke arah Kualiti dan Piawaian Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Prof Dr Rattachat Mongkonavin (dua, kiri), sebagai panelis dalam forum Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Sektor pendidikan tinggi Malaysia mencatatkan kemajuan ketara dalam tempoh dua dekad lepas, terutamanya dari segi penarafan universiti, kapasiti penyelidikan serta reputasi antarabangsa, kata seorang pakar pendidikan tinggi dari Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Penggalakan dan Peningkatan Pendidikan Tinggi ke arah Kualiti dan Piawaian Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand Prof Dr Rattachat Mongkonavin berkata Malaysia telah mempamerkan prestasi baik dalam memperkukuh kedudukan akademiknya.
Beliau berkata Malaysia juga telah berjaya membina reputasi kukuh di peringkat global selain menarik penyelidik berkaliber serta melabur secara besar-besaran dalam infrastruktur penyelidikan.
“Bagi Malaysia, pandangan saya, anda (Malaysia) telah melakukannya dengan amat baik. Jika diimbau 20 tahun lepas, kita bermula pada tahap sama dalam sistem penarafan yang mengukur kualiti pendidikan tinggi dan universiti.
“Kami telah menyaksikan kejayaan dalam sistem pendidikan Malaysia. Malaysia telah memperlihatkan prestasi yang sangat baik dari segi penyelidikan serta dalam menarik penyelidik berkaliber untuk bekerja di negara ini. Anda juga telah banyak melabur untuk pusat-pusat penyelidikan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada program bual bicara Akademi Pendidikan Tinggi (AKEPT) “Telaah” bertajuk Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan di sini hari ini.
Program berkenaan dikendalikan Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kepimpinan dan Jangkauan Global (CRO) AKEPT Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan.
Ahli panel termasuk pengarang buku Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan Prof Datuk Dr Qasim Ahmad serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya Prof Dr Hasniza Zaman Huri.
Sementara itu, Rattachat berkata fasa seterusnya bagi Malaysia ialah untuk menentukan sama ada negara ini berhasrat menjadi hab pendidikan global sendiri atau sebagai sebahagian daripada rangkaian serantau yang lebih luas.
Malaysia Makin Kukuh Dalam Landskap Pendidikan Tinggi Global - Pakar Akademik Thailand
Malaysia, pendidikan tinggi, penarafan, universiti