BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Letak Asas Kukuh Pembangunan Landskap Negeri Lindungi Pokok Bernilai Tinggi - Ab Rauf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Melaka Letak Asas Kukuh Pembangunan Landskap Negeri Lindungi Pokok Bernilai Tinggi - Ab Rauf​

f1f9aae58af5322b29abbf2f21a6945a6a75e5d91a454

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2026 (HLN 2026) di perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, hari ini.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua, kanan) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Melaka berjaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan landskap negeri dengan menguatkuasakan Perintah Pemeliharaan Pokok di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi melindungi pokok bernilai tinggi yang menjadi aset landskap negeri.

Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata asas itu terus diperkukuh menerusi pengenalan Garis Panduan Landskap Negeri Melaka pada 2022 yang menjadi rujukan utama kepada agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju serta seluruh pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan landskap dilaksanakan secara terancang, berkualiti, beridentiti dan mampan.

"Lebih penting lagi, Melaka turut memperkukuh pendigitalan landskap menerusi pembangunan sistem MyTrees@Melaka yang merupakan satu inovasi negeri yang mentransformasikan pengurusan pokok secara lebih cekap, sistematik dan bersepadu.

"Sejak dibangunkan pada 2017, sebanyak 70,753 data inventori pokok telah direkodkan hingga tahun ini menerusi penglibatan keempat-empat PBT bersama Jabatan Perhutanan Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Landskap Negara 2026 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Ab Rauf berkata pada masa sama, Kerajaan Negeri Melaka terus mempergiat usaha penghijauan negeri dan setakat Jun lepas, sebanyak 10,588 batang pokok telah berjaya ditanam di seluruh Melaka.

Beliau berkata bersandarkan asas yang telah dibina, kerajaan negeri juga sedang merealisasikan Aspiring Melaka Geopark sebagai penghubung antara warisan geologi, biodiversiti, budaya dan identiti tempatan yang mencerminkan keunikan Melaka.

Melalui usaha itu, katanya khazanah landskap Melaka bukan sahaja dipelihara keindahannya malah dimanfaatkan sebagai wadah pendidikan, konservasi serta tarikan pelancongan berasaskan alam dan komuniti yang mampun menjana nilai ekonomi secara mampan.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata tiga projek landskap utama telah dilaksanakan di Melaka tahun lepas iaitu pembangunan SDG Park @ Sungai Melaka, pembangunan Taman Rekreasi Kampung Felda Air Kangkung dan Taman Kejiranan Pulai Indah.

 
Back
Top
Log in Register