BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Melaka Diseru Jadi Rakan Strategik Bangunkan Negeri - Ab Rauf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Anak Melaka Diseru Jadi Rakan Strategik Bangunkan Negeri - Ab Rauf​

ebe1a3c7e5e4383414155f74e46952786a6f5b44e7547

74ba949316db2378b1e2cd628aedc29a6a6f5b40a46d6


Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru anak kelahiran Melaka yang berjaya dalam pelbagai bidang agar menjadi rakan strategik kerajaan negeri dengan berkongsi pengalaman, kepakaran dan jaringan masing-masing demi membuka lebih banyak peluang kepada generasi baharu.

Beliau berkata menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), kerajaan negeri tidak mahu kejayaan anak-anak Melaka hanya kekal sebagai catatan peribadi, sebaliknya perlu didokumentasikan dan dijadikan inspirasi kepada lebih ramai rakyat di negeri itu.

“Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menjadi rakan strategik kepada kerajaan negeri. Gunakanlah pengalaman, kepakaran dan jaringan yang telah dibina untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada anak-anak negeri ini kerana inilah legasi yang kita mahu lahirkan menerusi Anugerah Seri Melaka.

“Kami mahu kejayaan yang diraih oleh seorang anak Melaka membuka jalan kepada kejayaan anak Melaka yang lain, sekali gus kembali menjadi kekuatan kepada negeri dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Gala Anugerah Seri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.

Ab Rauf berkata sebanyak empat kategori dipertandingkan bagi Anugerah Seri Melaka, iaitu Perkhidmatan Awam, Korporat, Sukan serta Seni dan Budaya dengan lebih 200 pencalonan diterima.

Beliau berkata setiap pencalonan mencerminkan perjalanan hidup yang dibina melalui kerja keras, pengorbanan dan ketabahan setiap calon, sekali gus membuktikan Melaka mampu melahirkan individu berjiwa besar yang mengharumkan nama negeri.

Pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azmar Talib merangkul anugerah berprestij Anugerah Seri Melaka (ASM) serta kategori Korporat.

Selain itu, pemain badminton kebangsaan Aaron Chia bagi kategori Sukan, pengarah seni persembahan Lokman Abd Ghani (Seni dan Budaya) serta Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman (Perkhidmatan Awam).

 
Back
Top
Log in Register