kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PRN Melaka Bukan Medan Provokasi - Ab Rauf
Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Melaka tidak boleh dijadikan medan provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam sebaliknya proses demokrasi itu mesti berlangsung dalam keadaan aman serta terkawal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata walaupun rakyat bebas berbeza parti, pandangan dan pilihan politik, aspek keselamatan, kesejahteraan rakyat serta kestabilan negeri perlu sentiasa menjadi keutamaan.
"Pilihan raya ialah medan demokrasi, bukan medan provokasi. Kita boleh berbeza parti, berbeza pandangan dan berbeza pilihan, namun apabila menyentuh soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kestabilan negeri Melaka, prinsip kita mesti jelas tiada kepentingan politik yang lebih besar daripada keamanan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi Per PRN Ke-16 Negeri Melaka (Simulasi Ketenteraman Awam) di Dewan Datuk Kapt (B) Haji Ab Karim di sini malam tadi. Hadir sama Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman DCP Datuk M.V Srikumar dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.
Ab Rauf berkata latihan simulasi itu bukan sekadar demonstrasi sebaliknya membuktikan kerajaan negeri bersama pasukan keselamatan sentiasa bersedia dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang boleh menggugat keamanan negeri.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka yang mencetuskan idea pelaksanaan latihan berkenaan, yang merupakan pertama seumpamanya di negeri ini.
Sementara itu, Dzulkhairi berkata selain polis semua pihak yang terlibat berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi PRN Melaka yang dijangka diadakan pada September ini.
Beliau berkata simulasi selama dua hari itu membuktikan seluruh jentera keselamatan negeri berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang proses pilihan raya nanti, merangkumi pelbagai senario termasuk pengiringan kotak peti undi, kawalan rusuhan, provokasi, inisden kebakaran dan tindakan penyuraian mengikut prosedur operasi ditetapkan.
"Unsur provokasi daripada orang awam itu antara yang kita jangkakan tapi melalui risikan Melaka agak terkawal dan aman. Kita tidak menjangkakan berlakunya rusuhan sedemikian, namun persediaan awal tetap kita lakukan.