BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama D’Tandoor-UNITAR Perkasa Kulinari, Buka Laluan Kerjaya Bakat Tempatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerjasama D’Tandoor-UNITAR Perkasa Kulinari, Buka Laluan Kerjaya Bakat Tempatan​

2ffd77ff7233f89e39333f86ba1cebc26a7b1c9e0a320

546e5c8834e97ae1509d4d8801fd4adc6a7b1cd14ba9d

3237d798b49a3730fd3cd6d637d3fa896a7b1d871f6bd

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pendidikan Kulinari dan Kerjasama Strategik D’Tandoor-UNITAR di sini hari ini.

Kerjasama strategik antara Kumpulan Restoran Antarabangsa D’Tandoor (D’Tandoor) dan Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur (UNITAR) mampu memperkukuhkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam bidang kulinari, sekali gus membuka lebih banyak laluan kerjaya kepada tenaga kerja tempatan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata kerjasama antara pemain industri dan institusi pendidikan itu penting bagi memastikan latihan kemahiran yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

“Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kemahiran dan usaha bersepadu antara industri serta institusi pendidikan perlu diperkasakan bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran relevan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pendidikan Kulinari dan Kerjasama Strategik D’Tandoor-UNITAR di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi D’Tandoor Datuk Seri Dr Abdul Malik Abdullah serta Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR Dr Jagdeep Singh Jassel.

Khairul Firdaus berkata kerjasama itu sebagai satu permulaan yang bakal memberikan hasil bermanfaat kepada D’Tandoor dan pelajar dari segi pendidikan serta perjalanan kerjaya.

“Kita tidak boleh bergerak sendiri. Kita perlu bekerjasama dan memastikan setiap latihan yang diberikan benar-benar membawa manfaat kepada masyarakat.

“Pendekatan ini penting dalam mendepani perubahan dunia pekerjaan yang semakin mencabar termasuk perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Sementara itu, Abdul Malik berkata kerjasama itu tercetus daripada keperluan untuk menyediakan platform pembelajaran kulinari yang menggabungkan kepakaran industri dan pendidikan formal.

“Kami mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri makanan dan minuman (F&B) serta mahu berkongsi kepakaran kulinari dengan lebih ramai individu supaya kemahiran yang diperoleh boleh dijadikan sumber pendapatan.

 
Back
Top
Log in Register