BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama FINAS-MMU Perkasa Industri Kreatif Berasaskan Data, Teknologi Dan Bakat Muda

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a10fabdc024122c8144e0d2b88231d1669dcc07b6032b

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Multimedia Prof Datuk Mazliham Mohd Su'ud (enam,kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (lima,kanan) pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara FINAS dan Universiti Multimedia (MMU) di Universiti Multimedia. Turut kelihatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac (enam,kanan).

Kerjasama strategik antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Universiti Multimedia (MMU) dijangka mempercepatkan pembangunan industri kreatif negara melalui penggunaan teknologi digital, kecerdasan buatan dan kesan visual (VFX), selain melahirkan bakat baharu yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac berkata industri kreatif kini perlu bergerak berasaskan data dan teknologi, bukan lagi bergantung semata-mata kepada minat atau kreativiti semata-mata.

Beliau berkata kerjasama dengan institusi pendidikan seperti MMU penting bagi menyediakan latihan, teknologi serta data yang relevan kepada generasi muda untuk memahami keperluan sebenar industri.

"Kita mahu industri ini bergerak melalui data, bukan hanya berdasarkan rasa dan emosi. Dengan adanya teknologi seperti  AI (kecerdasan buatan) dan VFX, industri kreatif akan terus berkembang dan kita perlu pastikan generasi baharu bersedia untuk menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FINAS yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud, di sini hari ini.

Hans berkata pendekatan berfokuskan pasaran juga penting dalam memastikan kelangsungan industri kreatif, memandangkan tidak semua individu yang memasuki industri itu akan kekal dalam jangka panjang.

Namun, beliau berkata pendedahan awal kepada industri tetap penting bagi membina asas bakat dan meningkatkan kefahaman terhadap potensi kerjaya dalam sektor berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa sasaran jangka panjang FINAS adalah untuk meningkatkan daya saing kandungan tempatan di peringkat serantau sebelum menembusi pasaran global.

"Kita tidak boleh buat filem hanya untuk Roads to Oscars. Kita perlu membina kekuatan di peringkat ASEAN terlebih dahulu (dan) jika kandungan kita berjaya di Asia Tenggara, barulah kita boleh menembusi pasaran Asia yang lebih besar seperti China, Hong Kong dan India," katanya.

 
Back
Top
Log in Register