BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FINAS Komited Bangunkan Industri Kreatif Secara Inklusif

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
f207cb2e8f05986749772d8819de871669dd978db085f

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Multimedia Prof Datuk Mazliham Mohd Su'ud (duduk,dua,kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (duduk,dua,kanan)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan sesi dialog awam atau ‘townhall’ bersama penggiat industri kreatif dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pihak tercicir daripada arus peluang pekerjaan, meskipun sektor itu terus berkembang pesat.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata inisiatif itu penting bagi memahami isu sebenar yang dihadapi kru di lapangan selain mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pemain industri, khususnya dalam situasi perubahan pesat model perniagaan dan teknologi.

Beliau berkata walaupun data menunjukkan peningkatan peluang pekerjaan melalui pelbagai inisiatif termasuk projek antarabangsa dan platform digital, masih terdapat segelintir individu yang didakwa berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan.

“Kita tidak mahu menutup mata. Jika ada individu tercicir dan tidak mendapat pekerjaan, perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh dengan kerjasama persatuan bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FINAS dan Universiti Multimedia (MMU), semalam.

Mengulas dakwaan segelintir penggiat seni yang menasihatkan golongan muda agar tidak menceburi industri itu kerana didakwa kekurangan peluang pekerjaan, beliau berkata pemerhatian di lapangan menunjukkan industri kreatif negara kekal aktif.

Azmir Saifuddin berkata pelbagai projek produksi sedang dijalankan di beberapa lokasi termasuk Langkawi dan Johor, sekali gus mencerminkan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja industri.

“Sebagai contoh, Astro tahun ini mempunyai kira-kira 20 filem untuk diterbitkan dan diedarkan. Selain itu, sekitar 10 hingga 15 filem daripada Media Prima, manakala platform seperti Viu dan iQIYI turut menghasilkan beberapa drama bersiri tempatan,” katanya.

Beliau berkata data pelaksanaan inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) menunjukkan kira-kira 12,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh 14 hingga 15 tahun, sekali gus menggambarkan pertumbuhan berterusan sektor itu.

Menurutnya penggunaan kru tempatan dalam projek antarabangsa kini mencecah 70 hingga 80 peratus, melebihi syarat minimum 30 peratus yang ditetapkan sejak 2013, manakala dalam bidang animasi, penglibatan tenaga kerja tempatan hampir mencapai 90 hingga 95 peratus.

 
Back
Top
Log in Register