BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negeri Sembilan Komited Sokong Agenda Industri Halal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,157
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,157
Reaction score
346
Points
141

Negeri Sembilan Komited Sokong Agenda Industri Halal​

19c2ec10c5e437b98e868d60fab76069690b3ae25c85d

Datuk Seri Aminuddin Harun

Kerajaan Negeri Sembilan komited menyokong agenda pembangunan industri halal yang mampu memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata potensi industri halal tidak terhad kepada sektor makanan dan minuman sahaja, malah melibatkan pelancongan, keusahawanan, pertanian, pendidikan, logistik dan sektor sokongan lain yang menjana peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata pembangunan industri halal juga sebahagian daripada strategi pembangunan negeri kerana ia mampu memberikan impak besar kepada pertumbuhan pelaburan dan peluang pekerjaan.

"Industri halal mempunyai kesan limpahan ekonomi yang sangat luas. Ia merangsang pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana, memperkukuh sektor perkhidmatan, meningkatkan aktiviti eksport serta menarik pelaburan baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Sektor ini dapat memperkukuh imej Negeri Sembilan sebagai negeri progresif, stabil, diyakini pelabur dan bersedia memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan yang berteraskan kemampanan dan nilai sejagat,” katanya berucap pada program “Negeri Sembilan International Conference and Halal Expo” (NICHE) 2026 di sini hari ini.

Aminuddin berkata kerajaan negeri berperanan dalam membangunkan ekosistem industri halal melalui penyediaan kawasan perindustrian strategik, pembangunan infrastruktur, pemudahcaraan pelaburan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pertumbuhan industri berimpak tinggi termasuk sektor halal.

Beliau berkata kedudukan strategik negeri ini di tengah-tengah koridor ekonomi utama negara memberi kelebihan besar untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelaburan halal di Malaysia.

"Kita mempunyai rangkaian infrastruktur yang baik, akses kepada pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa, tenaga kerja yang kompeten serta sokongan institusi pendidikan tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan bakat dan penyelidikan berkaitan industri halal,” katanya.

Beliau berkata masa depan industri halal bukan hanya bergantung kepada kemudahan fizikal atau pelaburan tetapi juga keupayaan dalam melahirkan bakat, menghasilkan inovasi dan membina keyakinan pasaran dunia terhadap standard halal yang dibangunkan oleh negara.

 
Back
Top
Log in Register