Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
WSMB Perkasa Industri Pembinaan Tingkat Kemahiran Agenda Transformasi
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sr. Ahmad Farrin Mokhtar - Kredit: CIDB
Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) menjadi platform strategik untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat terbaik dalam bidang kemahiran, khususnya sektor pembinaan kerana peserta dinilai berdasarkan standard kompetensi yang memenuhi keperluan industri, selain memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran teknikal, profesionalisme dan budaya kerja berkualiti.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sr. Ahmad Farrin Mokhtar berkata WSMB melengkapi agenda pembangunan modal insan yang digariskan dalam Pelan Pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pembinaan CIDB Malaysia 2026-2030 melalui pengukuhan tadbir urus, transformasi digital, laluan kerjaya dan kerjasama industri.
"Pada masa yang sama, WSMB menyokong usaha memperkukuh ekosistem TVET Pembinaan serta menjadi platform pemilihan bakat untuk mewakili negara ke pertandingan kemahiran pada peringkat lebih tinggi.
"CIDB komited dengan inisiatif pembangunan bakat kerana langkah itu menjadi pelaburan jangka panjang untuk memastikan industri pembinaan mempunyai tenaga kerja yang mampu memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Beliau berkata pendekatan ini turut menyokong aspirasi Pelan Tindakan Pembinaan 2026-2030 (CAP30), iaitu pelan strategik CIDB yang menjadi hala tuju transformasi industri pembinaan negara.
Antara fokus utama CAP30 ialah membangunkan tenaga kerja pembinaan yang cekap, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan melalui peningkatan profesionalisme, integrasi digital dan penggunaan teknologi baharu.