kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,703
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,703
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
36 Tahun WSMB Lahirkan Bakat Industri Pembinaan Negara
Dari kiri : Mohd Sahmi Irfan Sulaimi, 20; Muhammad Fazran Md Rashid@Yusoff, 21; dan Ahmad Syafie Dasuki, 20
Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) yang mula diwujudkan pada 1990 dan dikenali sebagai Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia, merupakan cetusan idea Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum melalui beberapa proses penjenamaan, iaitu Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (1991-2006), MySkills (2007-2013), dan WSMB (2014 hingga kini).
Peserta yang berjaya menjuarai WSMB akan melalui program pembangunan dan latihan secara berstruktur sebagai persediaan mewakili Malaysia ke pertandingan WorldSkills pada peringkat antarabangsa.
Program ini dilaksanakan melalui Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Technologies yang merupakan pusat latihan bertauliah CIDB, dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur latihan yang memenuhi standard antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Technologies Sdn Bhd Mohd Hafiz Dasahi berkata WSMB bukanlah sekadar pentas untuk menonjolkan kemahiran, tetapi juga menjadi medan melahirkan generasi profesional yang akan memacu transformasi industri pembinaan.
"Kami percaya pelaburan dalam pembangunan bakat hari ini akan menentukan kekuatan daya saing negara pada masa hadapan.
"Keutamaan kami ialah memastikan setiap program latihan dibangunkan berasaskan keperluan sebenar industri, mengintegrasikan teknologi terkini serta melahirkan graduan yang bersedia untuk bekerja, berprestasi tinggi dan mampu memenuhi standard antarabangsa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.