BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama OEC-Cloudwise Pacu Pembangunan Kandungan Kreatif Berasaskan AI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerjasama OEC-Cloudwise Pacu Pembangunan Kandungan Kreatif Berasaskan AI​

715cbb0d7ab9f8858625659c9ee7eda5676d25266f771

Foto: REUTERS

Malaysia memperkukuh industri kreatif negara melalui kerjasama strategik antara Orange Economy Consortium (OEC) dengan Cloudwise (Beijing) Technology Co Ltd (Cloudwise) bagi memacu pembangunan kandungan kreatif berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi OEC Datuk Kamil Othman berkata kerjasama itu dijangka memperkukuh pembangunan ekosistem kreatif negara melalui integrasi teknologi AI, penerbitan, penyelidikan, harta intelek (IP) dan kandungan digital selaras dengan agenda pembangunan negara menjelang 2030.

“Malaysia kini berada pada fasa penting dalam mentransformasikan industri kreatif daripada sektor hiburan tradisional kepada ekosistem ekonomi bernilai tinggi yang menjadikan kreativiti, budaya, teknologi dan IP sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu negara,” katanya.

Kamil berkata demikian menerusi kenyataan dikeluarkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi perbincangan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif International Business Group Cloudwise Daisy Zhang, Pengerusi YPBN Hasan Hamzah, Naib Presiden Asia Tenggara Cloudwise Lim Fang How dan Pengarah Jualan Cloudwise Malaysia Zaki Mohd Ikram.

Kamil berkata pendekatan Ekonomi Jingga menjadi evolusi kepada konsep ekonomi kreatif yang memberi penekanan kepada keseluruhan rantaian nilai industri, bermula daripada penciptaan idea, pembangunan kandungan, penerbitan, penggunaan teknologi, pengedaran digital sehingga pengkomersialan pada peringkat antarabangsa.

Bagi menyokong pembangunan itu, Cloudwise akan menyediakan kepakaran dalam infrastruktur AI perindustrian, pemantauan sistem pintar serta sokongan operasi digital bagi membantu pembangunan pelbagai inisiatif kandungan yang diterajui OEC.

Pendekatan itu, menurut beliau bukan sahaja membuka peluang ekonomi baharu kepada syarikat dan pemain industri malah memberi ruang kepada golongan muda untuk menjana pendapatan melalui kreativiti mereka dengan memanfaatkan teknologi digital dan AI.

“AI perlu dilihat sebagai alat yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan pembangunan kandungan, bukannya menggantikan imaginasi, budaya dan pemikiran manusia yang menjadi asas kepada sesuatu karya kreatif.

 
Back
Top
Log in Register