BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Komited Perkasa Kerjasama Awam-Swasta, Industri Tempatan - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f991c67ebe59112dde85a7cf197d12cf69ce8a5d9deae

f7fa7e98674097ba369c90deb913493269ce8b324363c

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Kerajaan komited untuk memacu agenda ekonomi MADANI melalui pengukuhan kerjasama awam-swasta, pembangunan bakat digital dan pemerkasaan industri tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu penting bagi memastikan kemajuan teknologi diterjemahkan kepada manfaat yang inklusif agar tiada rakyat Malaysia yang terpinggir dalam era digital.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Huawei yang diketuai presiden rantau Asia Pasifik Terry He dan ketua pegawai eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu membuka ruang penting untuk bertukar-tukar pandangan mengenai masa depan digital negara serta memperkukuh kerjasama strategik yang telah terjalin sekian lama.

Sebelum ini Anwar berkata kerajaan serius dalam melaksanakan transformasi digital negara dan mahu memastikan rakyat menyedari sepenuhnya inisiatif berkaitan, sekali gus menjadi komuniti yang celik digital serta Kecerdasan Buatan (AI).

 
Back
Top
Log in Register