BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Macau Komited Perkasa Kerjasama Strategik Pelbagai Sektor - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Macau Komited Perkasa Kerjasama Strategik Pelbagai Sektor - Anwar​

18dc217d111531cf4936f3ace5275fcd6a9aa6ef7c3b8

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Malaysia dan Macau komited memperkukuh hubungan dua hala serta memperkasakan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata kerjasama itu termasuk perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta industri konvensyen dan pameran.

Beliau berkata komitmen itu turut merangkumi usaha memanfaatkan kedudukan strategik Macau serta Hengqin yang terhubung dengan Greater Bay Area (GBA) bagi syarikat Malaysia meneroka peluang perniagaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (SAR) Sam Hou Fai di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Sam ke Malaysia sejak memegang jawatan Ketua Eksekutif Macau pada Disember 2024.

“Saya juga menyambut baik pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan antara syarikat Malaysia dan Macau semalam, dan berharap kesepakatan ini akan menjadi pemacu kepada kerjasama ekonomi yang lebih erat dan luas antara kedua-dua pihak," kata Anwar dalam hantaran Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata kedudukan strategik Macau dan Hengqin dalam GBA perlu dimanfaatkan oleh syarikat tempatan, sekali gus memperkukuh peranan negara sebagai gerbang kepada perniagaan Macau untuk meneroka pasaran ASEAN.

Beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat ke rakyat menerusi pendidikan dan pelancongan termasuk potensi kerjasama dalam sektor pelancongan halal serta mesra Muslim bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga bersedia menterjemahkan hubungan yang semakin erat dengan Macau kepada kerjasama praktikal, bermakna dan saling menguntungkan selaras dengan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China.

 
Back
Top
Log in Register