BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-India Komited Perluas Hubungan Kerjasama Strategik - Ramanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Malaysia-India Komited Perluas Hubungan Kerjasama Strategik - Ramanan​

298668289e95c14459027542c12735f56a1455098579c

d04ab5059bdc2eb1d4c152e672d9b6186a1455397c70c

Kredit: FB Ramanan Ramakrishnan Official Media

Malaysia komited memperluas hubungan kerjasama strategik yang kukuh dengan India untuk manfaat bersama, kemajuan ekonomi serantau serta masa depan yang lebih inklusif dan mampan bagi rakyat kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan ketika menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy, yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan diplomatik beliau di negara ini, merakamkan penghargaan atas komitmen itu.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan peranan besar beliau dalam memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan India sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Pertemuan ini juga membuka ruang pertukaran pandangan mengenai landskap kerjasama masa hadapan antara Malaysia dan India yang semakin berkembang seiring kedudukan kedua-dua negara sebagai rakan strategik komprehensif,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas pertemuan itu hari ini.

Ramanan berkata sepanjang tempoh perkhidmatan, Reddy bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengeratkan kerjasama dua hala, malah membina hubungan persahabatan yang penuh hormat dan kepercayaan antara kedua-dua negara.

 
bawak balik sekali semua kat sana
 
Back
Top
Log in Register