BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hubungan Erat Malaysia-Turkiye Jadi Landasan Perluas Kerjasama - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Hubungan Erat Malaysia-Turkiye Jadi Landasan Perluas Kerjasama - Anwar​

0bd0a2f1d99eb4068f50551fee14f51c6a0ae28b9b657

c3ae993a453bbc34044a31d52e74a8ea6a0ae2af9f08d

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Hubungan Malaysia-Turkiye yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif terus menjadi landasan penting dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang strategik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal ini termasuk bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

“Moga hubungan akrab antara Malaysia dengan Turkiye akan terus diperkasakan demi keamanan, kestabilan serantau serta kemakmuran yang memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri dan diplomat berkenaan bertukar-tukar pandangan tentang  pelbagai isu semasa serantau dan global serta usaha berterusan memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara.

“Saya turut merakamkan penghargaan atas peranan dan sumbangan Emir Salim sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia–Turkiye yang sekian lama terjalin erat berteraskan semangat saling menghormati dan manfaat bersama,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register