BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Turkiye Perkukuh Kerjasama Pertahanan Menerusi Mesyuarat Policy Talk

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Malaysia, Turkiye Perkukuh Kerjasama Pertahanan Menerusi Mesyuarat Policy Talk​

7723178bc901ec586a79ae3b769969546a8e83d52b96e

Kredit: Kementerian Pertahanan

Malaysia dan Turkiye terus memperkukuh kerjasama pertahanan menerusi Mesyuarat Malaysia-Turkiye Policy Talk pertama di Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Nasional (MoND) Turkiye di Ankara, Isnin lepas.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan Ketua Pengarah Keselamatan dan Pertahanan MoND Leftenan Jeneral Ilkay Altindag, manakala delegasi Malaysia diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF, Datuk Yani Daud.

Menurut MINDEF, mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada agenda berkaitan dasar dan strategi pertahanan, isu keselamatan geopolitik, perkongsian pandangan serta pertukaran maklumat dan jaringan kerjasama pertahanan.

“Kedua-dua pihak turut membincangkan kepentingan memelihara kestabilan dan keamanan serantau.

“Malaysia turut menzahirkan penghargaan peranan penting dimainkan Türkiye dalam mengekalkan keamanan di rantau Asia Barat menerusi pemeteraian perjanjian Pakatan Mekah baru-baru ini,” menurut MINDEF dalam kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua pihak turut bersetuju mewujudkan Terma Rujukan (TOR) bagi Policy Talk berkenaan sebagai mekanisme untuk membincangkan instrumen kerjasama serta potensi program kerjasama pertahanan pada masa hadapan.

“Sebagai susulan, Malaysia secara rasmi menjemput Turkiye untuk menghadiri Policy Talk kedua yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun hadapan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pertemuan di Kuala Lumpur itu diharap akan terus mempererat hubungan strategik dan persahabatan antara Malaysia dan Turkiye seperti yang ditekankan dalam Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP).

 
Back
Top
Log in Register