BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Techlympics Catat Purata 1.4 Juta Penyertaan Setiap Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
ea81442427fc122f169dcdf198dfcb7d689aebee249f8

f7de19651cd96e91f1e64202ac8c18a1689aec0b79d13

7745308160e30f48d1aa93460ed9815d689aec2bb655c

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal (tiga, kanan) beramah mesra bersama para peserta pada Majlis Perasmian Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Pantai Timur di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu hari ini.

Program Malaysia Techlympics mencatatkan hampir 1.4 juta penyertaan secara purata setiap tahun sejak dianjurkan pada 2022, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohamad Yusof Apdal.

Beliau berkata program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu berjaya menarik 1.03 juta penyertaan pada tahun pertama dan jumlah itu meningkat kepada 1.82 juta pada 2023 dan 1.31 juta, tahun lepas.

“Bermula Jun lepas, Malaysia Techlympics telah dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian di pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Pendekatan ini membolehkan capaian yang lebih luas dan menggalakkan penyertaan komuniti setempat dalam pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara,” katanya ketika berucap merasmikan Malaysia Techlympics 2025 Zon Pantai Timur, di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini hari ini.

Mohamad Yusof berkata inisiatif berkenaan juga selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang menekankan pelaksanaan program pembudayaan STI secara bersepadu, konsisten dan inklusif bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang peranan STI dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata melalui Malaysia Techlympics, pelbagai pertandingan berteraskan teknologi sohor seperti kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT), dron, pengekodan dan robotik akan dipertandingkan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan, melibatkan mereka yang berumur tujuh hingga 30 tahun.

Sementara itu, Mohamad Yusof berkata Malaysia Techlympics 2025 Zon Pantai Timur yang diadakan selama dua hari bermula semalam berjaya menarik lebih 2,000 peserta dari 120 buah sekolah di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Beliau berkata jumlah kehadiran peserta yang amat memberangsangkan itu seiring dengan prinsip keterangkuman MOSTI yang ingin memastikan pelajar dan masyarakat di kawasan luar bandar juga mempunyai akses kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Mohamad Yusof berkata untuk tujuan berkenaan, Malaysia Techlympics turut melaksanakan program jangkauan keterangkuman di kawasan luar bandar.

 
Back
Top
Log in Register