combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MELAKA, 10 Nov -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) mewakili negeri Melaka bagi menerima trofi Penyertaan Tertinggi yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (dua, kiri) pada Majlis Penutup Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Malaysia Techlympics 2025 merekodkan 1,804,954 penyertaan pelajar di peringkat saringan membabitkan Zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak sejak penyertaannya dibuka pada Mei lepas.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4,750 peserta daripada 1,289 pasukan bersaing pada Peringkat Zon Akhir Kebangsaan selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini menerusi 35 pertandingan yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka.
“Sebagai satu daripada komitmen dan inisiatif MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dalam memastikan inklusiviti dan memastikan tiada golongan disasar dipinggirkan, MOSTI menerusi inisiatif Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics 2025 melaksanakan 85 program jangkauan keterangkuman melibatkan pelbagai lokasi dan menyasarkan penyertaan murid luar bandar.
“MOSTI komited untuk memastikan generasi muda negara bersedia menghadapi masa depan yang dipacu teknologi baharu, termasuk robotik autonomi dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin meluas penggunaannya dan mendapat perhatian merentasi pelbagai sektor seperti pembuatan dan perkhidmatan dalam industri huluan serta hiliran,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Chang berkata tekad dan usaha MOSTI untuk memperkasakan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara bukan sahaja tertumpu kepada pembentukan dasar di peringkat kerajaan Persekutuan tetapi juga menuntut penglibatan proaktif serta komitmen padu daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata pendekatan itu amat penting terutamanya bagi inisiatif bersifat strategik dan berskala besar yang memerlukan gerakan whole-of-nation atau keseluruhan negara termasuk pembangunan industri masa hadapan seperti teknologi angkasa, industri mineral nadir bumi (REE), teknologi hijau, AI, robotik dan lain-lain sektor berimpak tinggi.
Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri, katanya adalah nadi kepada penciptaan ekosistem inovasi yang menyeluruh dan mampan seperti yang dicerminkan menerusi platform Mesyuarat Menteri-menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) yang diadakan pada sebelah pagi.
Malaysia Techlympics 2025 Rekod Lebih 1.8 Juta Penyertaan - Chang
MOSTI, Malaysia Techlympics 2025, pelajar, penyert