BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MRCC 2026 Catat Peningkatan Penyertaan Lebih 100 Peratus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MRCC 2026 Catat Peningkatan Penyertaan Lebih 100 Peratus​

2e67af2f0500be1397972b90bb0f77186aa286067bff9

Pengarah Planetarium Negara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Mohd Zamri Mastor (empat,kiri) bergambar bersama johan kategori Water Rocket yang dimenangi oleh Kolej Vokasional Slim River sempena Majlis Perasmian Penutupan Malaysia Rocket Cansat Competition (MRCC) 2026 di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Mustaffa Kamil Ayub (lima,kiri). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 mencatat peningkatan penyertaan lebih 100 peratus berbanding penganjuran pada 2024, sekali gus mencerminkan peningkatan minat generasi muda terhadap teknologi angkasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata pada tahun ini, MRCC berjaya menarik penyertaan 130 pasukan melibatkan 650 pelajar, berbanding 63 pasukan dan 126 pelajar pada 2024.

Beliau berkata pada peringkat akhir MRCC 2026 yang berlangsung di Perak, sebanyak 104 pasukan membabitkan 425 pelajar serta 152 mentor mengambil bahagian.

“Pencapaian ini juga mencerminkan peningkatan minat generasi muda terhadap bidang teknologi angkasa khususnya teknologi roket dan satelit.

“Kejayaan ini juga adalah hasil daripada komitmen tinggi kalangan para pendidik, mentor, institusi serta rakan strategik dalam usaha untuk melahirkan bakat teknologi angkasa,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan MRCC 2026 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor.

Chang berkata peningkatan penyertaan itu membuktikan pertandingan berkenaan bukan sekadar menjadi platform persaingan, malah turut berperanan dalam mencetuskan minat generasi muda untuk meneroka bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), khususnya teknologi angkasa.

Beliau berkata pencapaian Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berjaya melancarkan satelit-nano keduanya, UiTMSAT-2 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ke orbit rendah bumi pada 3 Feb lepas, turut membuktikan Malaysia mempunyai keupayaan membangunkan dan mengendalikan teknologi angkasa sendiri.

“UiTMSAT-2 merupakan sebuah satelit-nano CubeSat yang membawa kamera pemerhatian bumi sebagai misi utamanya serta membawa misi Internet Pelbagai Benda (IoT) berasaskan angkasa.

 
Back
Top
Log in Register