BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penang2030: P.Pinang Catat 75 Peratus Sasaran Tingkat Penyertaan Wanita, Warga Emas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Penang2030: P.Pinang Catat 75 Peratus Sasaran Tingkat Penyertaan Wanita, Warga Emas​

656701521ba84a4aea645bd5f65d69b06a536830072ad

Kredit : Erma Idayu

Pulau Pinang merekodkan pencapaian keseluruhan sebanyak 75 peratus di bawah Inisiatif Strategik Visi Penang2030, bagi meningkatkan penyertaan wanita dan warga emas dalam kehidupan masyarakat, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan yang inklusif dan seimbang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pencapaian itu, membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri memastikan  golongan wanita termasuk ibu tunggal dan warga emas terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

“Dalam aspek kesukarelawanan pula sebanyak 17,241 sukarelawan wanita dan warga emas telah direkodkan, iaitu 86 peratus daripada sasaran 20,000 sukarelawan menjelang tahun 2030.

“Ini membuktikan pembangunan negeri bukan sahaja dipacu oleh pertumbuhan ekonomi, malah turut disokong kekuatan komuniti yang aktif dan prihatin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Ketua Menteri Bersama Komuniti Ibu Tunggal Parlimen Batu Kawan, di Masjid Jamek Kebun Sireh di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negei Lim Siew Khim, Pengerusi  Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri Goh Choon Aik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Gooi Hsiao-Leung.

Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata kerajaan negeri juga terus memperkukuh pelaksanaan Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB), menerusi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bagi memastikan setiap dasar, program dan agihan sumber benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya wanita.

Beliau berkata komitmen itu, diperkasakan pada tahun ini menerusi inisiatif Bandar Mesra Usia, yang mewajibkan penilaian implikasi belanjawan terhadap faktor jantina serta penuaan pada peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 4,052 usahawan wanita kini terlibat dalam ekosistem keusahawanan negeri, bersamaan 81 peratus daripada sasaran interim Penang2030.

“Program PENMentor yang dilaksanakan PWDC telah memberi manfaat kepada 428 usahawan wanita dengan purata peningkatan pendapatan sebanyak 30 peratus selepas mengikuti program berkenaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register