BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Melecur 50 Peratus Disimbah Petrol, Dibakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Wanita Warga Emas Melecur 50 Peratus Disimbah Petrol, Dibakar​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dia dilaporkan kritikal namun stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, wanita terbabit tidak mempunyai musuh dan tidak pernah menerima apa-apa ancaman sebelum ini, justeru motif kejadian sedang disiasat.

Jasni berkata Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah mengambil beberapa sampel asid deoksiribonukleik (DNA) serta barangan berkaitan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata susulan itu, polis melancarkan operasi khas bagi mengesan suspek manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Amri Firdaus Jusoh melalui talian 010-9198209, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-40482222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kes lain, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata seorang lelaki berusia pertengahan 20-an cedera dalam insiden kekecohan di luar Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam semalam, selepas tamat perlawanan Piala ASEAN 2026 melibatkan pasukan Malaysia menentang Filipina.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak disahkan berkaitan kejadian sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis sedang mengesan saksi kes kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kenderaan di Kilometer 301.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (PLUS) arah Kuala Lumpur, semalam.

 
418489-418489.jpg


Suspek bakar wanita di premis jual nombor ramalan ditahan polis

Kuala Lumpur: Individu yang menyimbah petrol sebelum membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, pada 9 Ogos lalu sudah ditahan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan suspek sudah ditahan polis tengah hari tadi.

"Ya, suspek sudah ditahan dan satu sidang media akan diadakan esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.

Jasni dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan diserang suspek lelaki yang tidak dikenali.
 
Back
Top
Log in Register