kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Buruh Kontrak Mengaku Bersalah Rompak Wanita Warga Emas
Seorang buruh kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga emas dan menyebabkan kecederaan pada 5 Sept lepas.
Wan Afandi Wan Salehudin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Mahkamah menetapkan 23 Sept ini untuk fakta kes dan hukuman di Mahkamah Sesyen Kangar.
Lelaki berkenaan didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita berumur 83 tahun itu di Bumbung Lima, Arau kira-kira 12.30 tengah hari, 5 Sept.
Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Azira Aziz.