BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga China Mengaku Tidak Bersalah Culik Wanita

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Lelaki Warga China Mengaku Tidak Bersalah Culik Wanita​

1624a407287051df234ebaaa87e7b1d56aa247804bf02

Warga China Wang Hao, 27, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita senegaranya berusia 33 tahun, bulan lepas.

Seorang lelaki warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita senegaranya berusia 33 tahun, bulan lepas.

Tertuduh Wang Hao, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama empat individu lain yang masih bebas didakwa menculik Xiong Xi Qiao dengan niat supaya wanita itu dikurung secara rahsia dan salah di Taman Amira, Langgar di sini, kira-kira 8.40 malam pada 7 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Nasruna Anhar Nordien tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam Mohd Shakir Esrati yang mewakili Wang bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guam diikat jamin dengan dua penjamin memandangkan pasport tertuduh telah berada dengan pegawai penyiasat.

Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Okt ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

 
Back
Top
Log in Register