BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Warga China Mengaku Tidak Bersalah Culik Wanita Senegara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Empat Warga China Mengaku Tidak Bersalah Culik Wanita Senegara​

73d9b41956edd07c6a4acfd66914acd06aa8c5065a600


Empat warga China terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menculik seorang wanita senegara pada bulan lepas.

Huang Jian, 39, Wang Hao Yu, 33, Guan Siqi, 24, dan Liu Tingjun, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama seorang lagi individu yang telah dituduh sebelum ini didakwa menculik Xiong Xi Qiao, 33, dengan niat supaya mangsa dikurung secara rahsia dan salah di sebuah rumah di Taman Amira, Jalan Langgar, di sini pada 8.40 malam, 7 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala Guan Siqi diwakili peguam S. Suresh dan tiga lagi tertuduh diwakili peguam Jodia Poh Yi Tying.

Pihak pendakwaan memohon tiada jaminan ditawarkan kerana keempat-empat tertuduh warga China dan berisiko melarikan diri, manakala kedua-dua peguam juga tidak merayu untuk jaminan.

Mahkamah kemudian memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap mereka dan menetapkan 11 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Sept lepas, seorang warga China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

 
Back
Top
Log in Register