BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Syarikat Air Mengaku Tidak Bersalah Tipu Wanita Lebih RM100,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Pekerja Syarikat Air Mengaku Tidak Bersalah Tipu Wanita Lebih RM100,000​

be4d4ac2d58d51ced3e91f4d098698bd6a4c9f3490d27

Pekerja syarikat air Mohd Rashid Sidek, 42, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memperdaya dan menipu dua wanita keseluruhan berjumlah RM108,500, pada Disember 2025 hingga Mei lepas.

Seorang pekerja syarikat air mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dan menipu dua wanita sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah RM108,500.

Mohd Rashid Sidek, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli dan Nursalihah Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati memperdaya mangsa berusia 38 tahun untuk membuat pembayaran RM96,500 dan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didapati menipu wanita berusia 34 tahun sehingga mendorong wanita itu menyerahkan RM12,000 menerusi pindahan ke akaun miliknya mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Nada Embun dan Taman Nilai Sari di sini antara 30 Dis 2025 hingga 4 Mei lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, serta menetapkan 6 dan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurnadiahani Mohd Ideris dan J G Vesvanathan, manakala Mohd Rashid diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ardelliza Izmaryanti Shafie dan Ng Yunn Yiing.

 
Back
Top
Log in Register