BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek Simbah Petrol, Bakar Wanita Warga Emas Di Kepong Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Suspek Simbah Petrol, Bakar Wanita Warga Emas Di Kepong Ditahan​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lepas ditahan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Ya, suspek sudah ditahan dan sidang media akan diadakan esok,” katanya.

Pada 9 Ogos lepas, seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di premis berkenaan.

Jasni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 8 pagi yang memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan, diserang seorang lelaki yang tidak dikenali.

 
Back
Top
Log in Register