BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Mesir Ditahan Ugut Bunuh, Bakar Kediaman Warga Emas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d8baf723a312cd76b9080a7e052d8776698d8d5fce8a4

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus

Polis menahan seorang lelaki warga Mesir kerana disyaki mengugut untuk membunuh, dan membakar kediaman seorang wanita warga emas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia lingkungan 20-an itu, yang menyewa sebuah bilik di rumah mangsa, ditahan di lokasi sama pada Khamis, susulan laporan polis oleh mangsa yang berusia pertengahan 70-an.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati berhubung bayaran sewaan bulanan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek pada 12.49 tengah malam. Semakan mendapati lelaki itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata suspek direman tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac bagi membantu siasatan kes ugutan, sebelum direman selama 14 hari lagi bermula hari ini hingga 11 April bagi siasatan kes imigresen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mencederakan jirannya dalam kejadian di Taman Midah, Cheras, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek berusia pertengahan 20-an itu ditahan di tepi Jalan Peel pada 9.30 malam, Rabu lepas susulan laporan yang dibuat mangsa, lelaki tempatan berusia awal 60-an.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak kerana tidak berpuas hati berhubung isu parkir kenderaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register