combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
HIK@M2026 Raih 370 Penyertaan, Catat Peningkatan Saban Tahun
Sebanyak 370 penyertaan direkodkan pada edisi ketiga Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 (HIK@M2026) tahun ini, berbanding 200 tahun lepas dan 120 pada penganjuran pertama 2024 selepas program itu diperluas ke peringkat kebangsaan.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata daripada jumlah itu, 200 penyertaan berjaya mara ke pusingan akhir yang melibatkan pelbagai kategori termasuk industri, agensi kerajaan, sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan prasekolah yang diperkenalkan buat pertama kali tahun ini.
“Penganjuran kali ketiga ini turut memperlihatkan pencapaian memberangsangkan apabila beberapa sekolah luar bandar muncul antara pemenang, sekali gus membuktikan murid di kawasan berkenaan juga mempunyai potensi besar dalam bidang inovasi.
“Usaha kerajaan melalui bimbingan guru-guru serta kerjasama semua institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka menerusi program Sekolah Angkat selama tiga tahun berjaya mencungkil potensi murid di sekolah luar bandar untuk menonjolkan bakat, menghasilkan idea dan tampil berani ke hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan HIK@M2026 di Universiti Multimedia (MMU) di Bukit Beruang di sini hari ini.
Fairul Nizam berkata kejayaan berkenaan menunjukkan usaha membimbing murid melalui program Sekolah Angkat bukan sahaja membantu mencungkil bakat inovasi, malah meningkatkan keyakinan mereka untuk mengetengahkan idea dan hasil ciptaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kategori PPKI yang diperkenalkan tahun ini akan diteruskan pada penganjuran tahun depan dengan penambahbaikan dibuat berdasarkan hasil pascanilai setiap tahun.
Menurut Fairul Nizam, Anugerah Persembahan Terbaik turut diteruskan bagi meningkatkan keyakinan peserta, khususnya murid untuk berkomunikasi dan membentangkan produk serta idea mereka di hadapan khalayak.
Beliau berkata hasil inovasi yang dipertandingkan perlu benar-benar bersifat inovatif dan mampu menyelesaikan masalah rakyat atau mempercepatkan sesuatu proses, bukannya sekadar menghasilkan produk baharu.
Loading…
www.bernama.com