combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Terengganu Catat Peningkatan Kes Jenayah Komersial
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin
Terengganu terus mencatatkan peningkatan kes jenayah komersial apabila 1,009 kes direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 995 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata jenayah siber menjadi penyumbang tertinggi iaitu 980 kes, diikuti wang palsu (13 kes), kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 2011) (12 kes), pecah amanah jenayah (tiga kes) dan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Pendaftaran (satu kes).
Beliau berkata kes jenayah komersial tahun ini juga merekodkan peningkatan jumlah kerugian, iaitu daripada RM20,198,493.73 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lepas kepada RM21,035,250.57 bagi tempoh sama tahun ini.
“Jumlah kerugian bagi kes jenayah siber yang melibatkan pelbagai sindiket seperti love scam, pelaburan tidak wujud dan penipuan panggilan telefon mencatatkan angka terbesar iaitu RM20,938,370.57 bagi enam bulan pertama tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi berkata jumlah tangkapan menunjukkan penurunan, iaitu sebanyak 402 orang bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 458 orang bagi tempoh sama tahun lepas.
“Polis ingin mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan peka dengan pelbagai taktik penipuan sindiket yang semakin berleluasa hari ini.
“Dapatkan maklumat sahih melalui aplikasi atau saluran disediakan polis atau kerajaan sebelum membuat sebarang pembayaran,” katanya.
Loading…
www.bernama.com