BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HIK@M2026 Perluas Penyertaan, Beri Ruang Kepada Murid PPKI Tonjol Kreativiti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

HIK@M2026 Perluas Penyertaan, Beri Ruang Kepada Murid PPKI Tonjol Kreativiti​

5ff58dad065cb1e22164c1c4f80236fa6a74849563737

d8f484a335c1fb09aa10ea54e2155ed16a74848c57d64


Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 (HIK@M2026) memperluas ruang penyertaan kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) buat kali pertama, sekali gus membuka pentas lebih inklusif untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti golongan berkenaan.

Guru PPKI Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput E. Komathi berkata peluang itu membolehkan beliau bersama-sama muridnya, Muhammad Ammar Mohd Firdaus, 12, mengetengahkan inovasi aplikasi bina ayat bahasa Inggeris yang dibangunkan berdasarkan keperluan pembelajaran murid berkeperluan khas.

Beliau berkata aplikasi berkenaan pada asalnya merupakan prototaip pembelajaran menggunakan kad bergambar dan permainan susun ayat di dalam kelas sebelum ditambah baik kepada aplikasi digital yang lebih interaktif.

“Antara kesukaran murid ialah mengingati kata nama dan kata kerja serta membina ayat, jadi kami gunakan gambar untuk membantu mereka mengenal pasti perkataan sebelum menyusunnya menjadi ayat.

“Daripada aktiviti itu, kami fikir kaedah untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan akhirnya menghasilkan aplikasi ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Komathi bersama dengan Muhammad Ammar mendapat tempat pertama bagi kategori PPKI dan hadiah kemenangan disampaikan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Komathi berkata aplikasi berkenaan turut menyediakan tiga tahap pembelajaran, iaitu lemah, sederhana dan lanjutan, selain menggabungkan elemen audio visual bagi memudahkan proses pembelajaran bahasa Inggeris.

Beliau berkata penyertaan itu memberikan pendedahan bermakna kepada murid PPKI, malah kejayaan meraih Johan kategori Prasekolah PPKI membuktikan bahawa murid berkeperluan khas juga mampu menghasilkan inovasi apabila diberi ruang dan bimbingan.

Sementara itu, guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Nurul Shahzwani Saliman berkata aplikasi Rempah AI Learner yang memenangi tempat pertama bagi kategori sekolah menengah tercetus daripada masalah pelajarnya yang sukar mengenal pasti jenis rempah.

 
Back
Top
Log in Register