BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perluas Penyertaan Produk Tempatan Dalam Program SARA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Perluas Penyertaan Produk Tempatan Dalam Program SARA​

2c7efdb695c706f6c823e72a5e66473c6a3b7c519c9e2

Menteri Kewangan II Datuk Amir Hamzah Azizan bercakap kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SARA di sebuah kedai runcit di Petra Jaya, hari ini.

Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan menyediakan lebih banyak ruang kepada produk keluaran usahawan tempatan untuk dipasarkan mengikut keperluan dan cita rasa pengguna di sesuatu kawasan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pendekatan itu bukan sahaja memberikan manfaat kepada penerima bantuan, malah membantu usahawan tempatan dan peruncit menjana pendapatan.

“Sebagai contoh di Kuching, terdapat produk tempatan yang menjadi pilihan masyarakat setempat.

“Kita mahu produk-produk seperti ini turut tersedia di kedai-kedai yang menyertai SARA supaya usahawan mendapat pulangan, peruncit mendapat manfaat dan penerima bantuan memperoleh pilihan lebih luas,” katanya selepas melakukan tinjauan pelaksanaan SARA di sebuah kedai runcit, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pendekatan kerajaan adalah menyalurkan bantuan secara bersasar mengikut tahap keperluan penerima, dengan jumlah bantuan ditentukan berdasarkan beberapa kriteria, termasuk bilangan tanggungan dalam sesebuah isi rumah.

“Jika seseorang itu bujang, jumlah bantuan diterima berbeza. Namun, apabila mempunyai anak dan tanggungan lebih ramai, bantuan akan meningkat kerana keperluan mereka juga bertambah,” katanya.

Amir Hamzah berkata di Sarawak, lebih 1,450 premis telah menyertai program SARA.

 
Back
Top
Log in Register