BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MRCC 2026: Sakti Phoenix, UTHM Rocketeers Ungguli MRCC 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

MRCC 2026: Sakti Phoenix, UTHM Rocketeers Ungguli MRCC 2026​

2e67af2f0500be1397972b90bb0f77186aa286067bff9

Pengarah Planetarium Negara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Mohd Zamri Mastor (empat,kiri) bergambar bersama johan kategori Water Rocket yang dimenangi oleh Kolej Vokasional Slim River sempena Majlis Perasmian Penutupan Malaysia Rocket Cansat Competition (MRCC) 2026 di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Mustaffa Kamil Ayub (lima,kiri). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pasukan Sakti Phoenix dari Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dan UTHM Rocketeers dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul juara utama Pertandingan Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 yang berlangsung di Dewan Besar Bandar Baru Seberang Perak di sini.

Pertandingan berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta teknologi aeroangkasa itu disertai pelbagai institusi pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi tempatan serta antarabangsa.

Bagi kategori Roket 1 Kilometer (km), Sakti Phoenix muncul johan, manakala ASTRYX dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru di tempat kedua dan Art-Pollo XII dari Sekolah Seni Malaysia Sarawak di tempat ketiga.

Sementara bagi kategori Roket 1km dan CanSat peringkat universiti pula, UTHM Rocketeers dinobatkan sebagai johan, diikuti AYASIB Rocketry Team dari Ateneo de Davao University, Filipina, sebagai naib johan dan Aeronyx dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di tempat ketiga.

Kategori Roket 1km dan CanSat peringkat sekolah menyaksikan pasukan Operasi Gemilang MR01 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra muncul johan, manakala Royal Astra dari Maktab Tentera Diraja (RMC) di tempat kedua dan Padungan Rocketeers dari SMK Padungan di tempat ketiga.

Bagi kategori CanSat peringkat universiti, pasukan Ad Astra dari Ngee Ann Polytechnic, Singapura, muncul johan, diikuti Skyforge dari UniKL MFI di tempat kedua dan Einsatz One dari German-Malaysian Institute (GMI) di tempat ketiga.

Kategori CanSat peringkat sekolah pula menyaksikan pasukan Maryam Al-Astrolabi dari Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Hira’ muncul johan, manakala pasukan Al Zahrawi dari institusi sama di tempat kedua dan pasukan Al-Hazens dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Roket Air Sekolah Rendah, pasukan Majestic Z dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pantai muncul johan, diikuti Gamma Innobotics dari SK Telok Malek di tempat kedua dan Aerospace dari SK Bandar Baru Batang Kali di tempat ketiga.

kBagi Kategori Roket Air Sekolah Menengah, pasukan Rocket KVSR dari Kolej Vokasional Slim River muncul johan, diikuti Pichung101 dari SMJK Chung Hua sebagai naib johan dan Aerovian dari MRSM Johor Bahru di tempat ketiga.

 
Back
Top
Log in Register