BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Namibia Bakal Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Sektor Mineral, Tenaga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
198b4e3f898ac520ea15ca943d63f8cc69e733e0c2c74

Kredit: FB - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

Malaysia dan Namibia akan memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor mineral dan tenaga termasuk memulakan rundingan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) khusus bagi memacu pembangunan rantaian nilai industri tersebut secara mampan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam satu kenyataan memaklumkan sebagai instrumen pelaksanaan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memulakan libat urus di peringkat teknikal antara agensi yang berkaitan bagi merangka MoU berkenaan.

“Kerangka kerjasama rasmi ini dijangka memacu pemindahan teknologi, pembinaan kapasiti dan pertukaran kepakaran merangkumi bidang geosains, pengurusan sumber, serta pemulihan lombong,” maklum kenyataan itu.

Menurut NRES, usaha itu akan turut disokong melalui jalinan kerjasama antara industri  bagi memperkukuh ekosistem pelaburan yang mampan.

Kementerian itu memaklumkan pertemuan dua hala antara Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh dan Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Republik Namibia Selma Ashipala-Musavyi semalam merupakan satu manifestasi penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik.

Perbincangan peringkat tinggi tersebut memfokuskan kepada potensi sinergi dalam sektor tenaga dan pemprosesan bahan industri, khususnya dalam konteks peralihan tenaga global dan pembangunan sektor mineral.

Menurut NRES, Namibia yang dilimpahi sumber mineral huluan seperti litium, uranium dan unsur nadir bumi (REE) telah menyatakan hasrat untuk memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam pembangunan rantaian nilai industri tersebut.

“Kerjasama ini sejajar dengan dasar kedua-dua negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport bahan mentah dan beralih kepada pemprosesan peringkat pertengahan dan hiliran bagi menjana nilai tambah ekonomi yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dengan menekankan bahawa pembangunan sektor perlombongan perlu diimbangi dengan pemeliharaan kelestarian alam sekitar serta amalan perlombongan yang bertanggungjawab.

 
Back
Top
Log in Register