kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
MAHA 2026: NAFAS Meterai Tiga MoU Bernilai RM355 Juta Perkukuh Sektor Pertanian
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi (dua, kanan) bergambar bersama Ketua Pentadbir Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Mohd Faizal Mohd Jakir (dua, kiri) selepas Majlis Perasmian MAHA 2026 Trade Day di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Turut sama Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Ariffin dan Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd, Md Fazir Abdul Latif (kanan).
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) hari ini memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM355 juta, bersama-sama tiga entiti bagi memperkukuh rantaian bekalan input pertanian negara.
Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Ariffin berkata tiga entiti berkenaan ialah Phosphate Resources Limited (PRL) dari Australia, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Beliau berkata kerjasama dengan PRL bernilai kira-kira RM225 juta membabitkan perdagangan timbal balik, dengan PRL membekalkan batu fosfat kepada NAFAS, manakala NAFAS membekalkan urea kepada syarikat dari Australia itu.
“NAFAS memainkan peranan penting dalam sektor pertanian negara, terutama dalam agenda keterjaminan makanan melalui usaha mendapatkan bekalan input baja dari Australia.
“Negara kita tidak mempunyai sumber semula jadi batu fosfat, jadi NAFAS, yang menyediakan baja subsidi kepada pesawah, berusaha mendapatkan sebanyak mungkin sumber batu fosfat sebagai bahan mentah untuk memproses baja NPK bagi pesawah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis perasmian MAHA Trade Day 2026 yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.
Muhammad Faris berkata MoU dengan PKPS bernilai RM30 juta, bertujuan membantu Kerajaan Negeri Selangor menerusi kerjasama dalam sektor penternakan ayam, selain menyediakan input pertanian tambahan kepada pesawah di negeri itu.
Berhubung kerjasama dengan UMPSA, beliau berkata ia melibatkan nilai kira-kira RM100 juta bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan paten baharu untuk menghasilkan sejenis baja prebiotik.
“Jika ada R&D daripada institusi pengajian tinggi awam yang kita lihat mempunyai nilai komersial tinggi, kita akan bantu, angkat dan cuba komersialkan hasil berkenaan,” katanya.