BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyCC, HKCC Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Persaingan Antarabangsa

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

MyCC, HKCC Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Persaingan Antarabangsa​

6b1c9d1861d5849a4fbb17719cdd529c6a7d523e51394

Kredit: Fb KPDN Laman Rasmi

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan badan berkuasa persaingan Suruhanjaya Persaingan Hong Kong (HKCC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini untuk bekerjasama mengukuhkan dasar dan kerangka perundangan persaingan serta aspek penguatkuasaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata MoU itu  merupakan kerjasama keempat dimeterai MyCC melalui MoU dengan badan persaingan luar negara antaranya Turkiye Competition Authority, Korea Fair Trade Commission dan Philippine Competition Commission.

Beliau berkata pemeteraian itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas jaringan strategik dengan pihak berkuasa persaingan antarabangsa dalam usaha memelihara serta menggalakkan persaingan yang sihat dan adil.

“Dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompleks dan saling berhubung, isu persaingan turut melibatkan aktiviti perniagaan dan entiti yang merentasi sempadan.

“Kerjasama antara pihak berkuasa persaingan pelbagai negara amat penting bagi membolehkan perkembangan pasaran serta cabaran penguatkuasaan ditangani dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerjasama itu akan melibatkan pertukaran maklumat mengenai perkembangan penting berkaitan undang-undang persaingan termasuk pindaan perundangan, perkongsian pengalaman berkaitan siasatan dan jalinan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama melibatkan teknikal bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan melalui program latihan, bengkel, penempatan sementara pegawai dan kolaborasi penyelidikan.

“Kerjasama turut membincangkan serta menangani isu persaingan rentas sempadan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan secara dua hala atau bersama pihak berkuasa persaingan antarabangsa,” katanya.

Armizan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui MyCC akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa persaingan di peringkat serantau dan antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register