BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyCC, DOSM Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Data Dan Analisis Ekonomi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

MyCC, DOSM Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Data Dan Analisis Ekonomi​

1c235499341f7794aa6e5668389d36686a3529438f4da

7e2f4857b5a5ab22c4534eddf2d71c3c6a35292e4be98

Kredit : FB Department of Statistics, Malaysia

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam perkongsian data, analisis ekonomi serta pembangunan kapasiti.

Majlis pemeteraian MoU itu berlangsung di Ibu Pejabat DOSM di sini semalam, dengan dokumen berkenaan ditandatangani Pengerusi MyCC Tan Sri Idrus Harun bagi pihak MyCC dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bagi pihak DOSM.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Datuk Iskandar Ismail dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi) DOSM Siti Asiah Ahmad turut hadir menyaksikan penandatanganan itu.

MyCC dalam kenyataan memaklumkan kerjasama berkenaan menandakan komitmen kerajaan untuk mengguna pakai pendekatan berpusatkan data bagi memperkukuh pelaksanaan dasar kerajaan termasuk penguatkuasaan terhadap isu persaingan negara.

Menurut suruhanjaya itu, kolaborasi berkenaan menyediakan rangka kerja yang merangkumi pengukuhan dan perkongsian data, program pembangunan kapasiti serta pertukaran kepakaran bagi memantau dan menambah baik proses persaingan dalam pelbagai sektor ekonomi secara berterusan.

MyCC turut berpandangan kerjasama itu merupakan peluang bagi memperkukuh peranan data dan analitik dalam ekonomi persaingan, terutama ketika data kini dianggap sebagai komoditi utama dunia.

Sementara itu, Mohd Uzir dalam kenyataan berasingan berkata MoU berkenaan meliputi perkongsian data pentadbiran dan data ekonomi berkaitan selain membolehkan penilaian dan pemahaman data yang lebih komprehensif melalui penggabungan kepakaran dalam bidang statistik dan persaingan.

Beliau berkata kerjasama itu juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan menerusi program pembinaan kapasiti, latihan, pertukaran kepakaran serta perkongsian pengetahuan antara kedua-dua organisasi.

“Kolaborasi strategik turut menumpukan kepada pemantauan bersama sektor ekonomi strategik dan dasar kerajaan bagi memastikan pelaksanaan persaingan yang adil merentas semua sektor ekonomi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register