BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tourism Malaysia, Foodie Media Meterai MoU Perkukuh Promosi TMM 2026-2027

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Tourism Malaysia, Foodie Media Meterai MoU Perkukuh Promosi TMM 2026-2027​

135ac35c2e33d14c5c75243b85dea5b26a8c08cff38b7

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Mohd Akbal Setia (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Media Bhd (Foodie Media) Nicholas Lim Pinn Yang pada majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini.

Tourism Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Foodie Media Bhd (Foodie Media) hari ini bagi memperkasakan promosi produk serta pengalaman pelancongan negara bersempena dengan kempen Melawat Malaysia 2026-2027 (TMM 2026-2027).

Kerjasama yang dijalankan menerusi anak syarikat Foodie Media, Good Foodie Media Sdn Bhd (GFM) itu bertujuan memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam pemasaran destinasi dan penghasilan kandungan digital bagi mempromosikan warisan kulinari, tarikan budaya serta gaya hidup Malaysia kepada khalayak tempatan dan antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Mohd Akbal Setia berkata menerusi kerjasama itu, GFM akan menyokong penghasilan kandungan digital berkaitan TMM 2026-2027, menyediakan liputan media di lapangan bagi acara anjuran Tourism Malaysia serta memperluas jangkauan kempen menerusi rangkaian platform digitalnya.

“Kerjasama ini lebih kepada mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, terutamanya berkaitan gastronomi dan makanan selain memperluas kepada kebudayaan, orang ramai serta acara pelancongan yang ada di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penandatanganan MoU berkenaan di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Mohd Akbal bagi pihak Tourism Malaysia, manakala GFM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Media Bhd Nicholas Lim Pinn Yang.

Mengulas mengenai sasaran, Mohd Akbal menjelaskan meskipun tiada sasaran khusus ditetapkan bagi kolaborasi berkenaan, ia dilihat sebagai pemacu utama untuk mencapai sasaran keseluruhan 40 juta pelancong bersempena dengan TMM 2026-2027.

“Sasaran kita ialah 40 juta pelawat ke Malaysia, kita tahu jangkauan Foodie Media begitu besar dan bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan negara-negara Asia Tenggara yang lain,” katanya.

Mohd Akbal berkata Foodie Media mempunyai lebih 50 juta pengikut menerusi pelbagai platform digital, sekali gus menjadikan kerjasama itu berpotensi memperluas capaian promosi pelancongan Malaysia kepada khalayak yang lebih besar.

Beliau berkata penggunaan platform media sosial juga penting dalam usaha Tourism Malaysia mendekati golongan muda yang semakin bergantung kepada kandungan digital sebagai sumber maklumat dan inspirasi pelancongan.

 
Back
Top
Log in Register