BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Meterai MOU Dengan Dua Negara Laksana Perolehan Aset Secara G2G- Mohamed Khaled

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Malaysia Meterai MOU Dengan Dua Negara Laksana Perolehan Aset Secara G2G- Mohamed Khaled​

6fa617cc09258bd33a420042c8ccb9d36a65b25386ed4

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beramah mesra dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika hadir pada Program Kesejahteraan Warga ATM Zon Selatan di Kem Sirusa.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Turkiye dan Korea Selatan bagi melaksanakan perolehan aset pertahanan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata mekanisme itu merupakan pendekatan baharu yang akan digunakan bagi projek perolehan aset pertahanan tertentu dengan beberapa buah negara termasuk Itali dan Perancis yang turut mengemukakan cadangan melaksanakan urusan perolehan menerusi kaedah sama.

“Kita mengenal pasti projek tertentu yang memang kita akan lakukan secara G2G...Kalau dahulu kita tender semua syarikat masuk sama ada syarikat itu pengeluar peralatan asal (OEM) ataupun ejen dan sebagainya tetapi pada kali ini kita akan lakukan melalui G2G. Jadi kita dah ada dua MoU yang kita dah tandatangan untuk jayakan G2G.

“Pada masa sama, kita nak pastikan negara yang kita akan lakukan urusan itu merupakan negara boleh dipercayai dan bersedia untuk memindahkan teknologi kepada negara kita dan membantu membangunkan industri pertahanan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Kesejahteraan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan Turkiye.

Anwar berkata pendekatan G2G itu dilaksanakan bagi menghapuskan kebergantungan terhadap ejen yang sebelum ini menyebabkan kos pembelian aset pertahanan negara meningkat.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata menerusi pendekatan itu, ia bukan sahaja membolehkan kerajaan memperoleh harga yang lebih berpatutan, malah menjamin bekalan kerana disokong komitmen kerajaan negara pembekal.

Katanya, perolehan secara G2G diyakini dapat memastikan proses yang lebih telus selain menawarkan harga lebih baik kerana tidak melibatkan orang tengah sekali gus menjamin keberkesanan aset pertahanan negara.

 
Back
Top
Log in Register