BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TLDM Perlu Aset Moden Hadapi Cabaran Maritim Kompleks - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

TLDM Perlu Aset Moden Hadapi Cabaran Maritim Kompleks - Mohamed Khaled​

b14c4cc79e87f53570f06896a0ef9d786a79a47d2cbe4

eea2bb387782d1f376625d93899f2ad66a79a49e9b715

Kredit: FB Khaled Nordin

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu terus dilengkapi dengan aset moden dan berkeupayaan bagi menghadapi persekitaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kerajaan komited memastikan TLDM mempunyai keupayaan yang diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara.

“Dalam persekitaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, TLDM perlu terus dilengkapi dengan aset moden dan berkeupayaan.

“Kerajaan komited untuk memastikan TLDM mempunyai keupayaan yang diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bersempena dengan pelancaran kapal ketiga kelas Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) TLDM yang dinamakan Tunku Osman Jewa dilancarkan di Istanbul, Turkiye, semalam.

Mohamed Khaled berkata penamaan kapal itu mengabadikan legasi kerabat diraja Kedah dan anak watan yang pernah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera, Almarhum Jeneral Tan Sri Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa.

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke majlis penamaan dan pelancaran kapal berkenaan.

Pelancaran "Tunku Osman Jewa" melengkapkan siri pembinaan ketiga-tiga kapal LMSB2 selepas pelancaran "Tunku Laksamana Abdul Jalil" pada 24 Mei dan "Raja Laut" pada 7 Jun lepas.

Mohamed Khaled berkata program itu turut mencatat sejarah sebagai kerjasama kerajaan dengan kerajaan pertama antara Malaysia dengan Turkiye dalam perolehan kapal perang TLDM.

 
Back
Top
Log in Register