BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Tumpu Modal Insan Berkualiti Tinggi Hadapi Peperangan Asimetrik - Mohamed Khaled

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
0e7e23535d4824db3c447dade907d11b69e99f7bb1dba

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucaptama pada Majlis Forum anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertemakan 'AI and Cyber Security as the Vanguard of Digital Defence' sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Kementerian Pertahanan (Mindef) memperhebat tumpuannya terhadap pembangunan Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP) sebagai sebahagian daripada peralihan strategik ke arah kesiapsiagaan peperangan moden, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Berucap pada Forum Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini, beliau berkata teras utama pembangunan ini ialah pembentukan modal insan berkualiti tinggi melalui Pendidikan Ketenteraan Profesional.

Mohamed Khaled berkata penubuhan PSEP dirangka untuk diselaraskan dengan Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) untuk mewujudkan ekosistem risikan masa nyata berasaskan data.

"Hal ini akan memastikan kelebihan dan dominasi maklumat yang bermanfaat dalam peperangan asimetrik," katanya dalam ucap tama forum itu yang diadakan bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NatSec) Asia 2026.

Beliau berkata pembangunan PSEP ialah komponen penting dalam matlamat Kertas Putih Pertahanan untuk mentransformasikan Angkatan Tentera Malaysia kepada Angkatan Masa Hadapan.

"Kementerian menyasarkan integrasi penuh konsep, sistem dan operasi menjelang 2030. Objektifnya adalah untuk membolehkan setiap komponen ketenteraan beroperasi sebagai pasukan yang bersatu, bersepadu dan berkesan," katanya.

Dalam usaha memperkukuh lagi keupayaan siber negara, Mohamed Khaled menawarkan UPNM untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kementerian Pertahanan yang menumpukan kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perkara ini bukanlah satu "tawaran yang mudah" dan bergantung pada keupayaan universiti untuk membentangkan pelan pelaksanaan yang berdaya maju.

"Kami akan menilai dan menentukan. Saya percaya UPNM ialah universiti yang bereputasi, amatlah mudah bagi mereka untuk berusaha mengemukakan perkara ini," katanya dan menambah kementerian juga meneliti universiti lain untuk menubuhkan pusat yang sama, khusus dalam roket, peluru berpandu, dron dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

 
Back
Top
Log in Register