BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tolak Permohonan Reman Pemandu Lori Terbabit Nahas Ragut Enam Nyawa

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Mahkamah Tolak Permohonan Reman Pemandu Lori Terbabit Nahas Ragut Enam Nyawa​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini semalam.

Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan hari ini selepas dia ditahan sejurus kejadian kemalangan itu.

Semalam, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan lelaki itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memberitahu saringan ujian air kencing lelaki itu didapati negatif dadah manakala semakan mendapati dia mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan.

Adzli turut memberitahu lelaki itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ketika kejadian dia memandu lori terbabit pada kelajuan 60 kilometer sejam.

Dalam kejadian pada 3.50 petang semalam, enam sekeluarga termasuk seorang bayi meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah.

Kesemua mangsa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Merbok di sini.

 
nampak kereta tu tibe masuk ke kiri

mungkin sebab auto line x50 safety

kereta baru mmg kalau x biase mmg bahaya
 
Lane keep assist tu kalau tak biasa boleh oversteer
Terutama kakau first time
 
Back
Top
Log in Register