BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut Hak Wang RM21 Juta Milik Aman Palestin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut Hak Wang RM21 Juta Milik Aman Palestin​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang berjumlah RM21 juta termasuk mata wang asing USD139,650.68 yang dibekukan atas nama syarikat Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

Permohonan itu turut melibatkan jongkong emas seberat satu kilogram yang disita sebelum ini.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu selepas meneliti dan mendengar hujahan bertulis serta lisan pihak pendakwaan dan responden, iaitu Aman Palestin.

Pendakwaan memohon perintah pelucuthakan 12 akaun bank pada 15 Nov 2024 di bawah Subseksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bagaimanapun, Latifah dalam penghakimannya berkata pemohon gagal membuktikan bahawa wang dalam kesemua akaun dan emas berkenaan adalah perlakuan salah atau hasil aktiviti haram.

Beliau berkata mahkamah berpandangan bahawa jika benar terdapat penyelewengan dan perlanggaran tugas fidusiari oleh pengarah syarikat semasa wang itu dikeluarkan untuk pelaburan, liabiliti tanggungan adalah terhadap individu dan tidak sepatutnya melibatkan responden.

“Secara kesimpulannya, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang terdapat dalam akaun-akaun bank responden serta pembelian jongkong emas tersebut adalah perlakuan yang salah di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA atau hasil daripada aktiviti haram dan tidak dapat dikaitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 403 serta 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan, kemudian memohon supaya pelaksanaan perintah mahkamah itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Aman Palestin diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Pok Teik dan Datuk Zamani Ibrahim.

 
Back
Top
Log in Register