BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Indira Gandhi Untuk Kemuka Bukti Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
acd2a8b4aef1d8d376f6809f2f1add1b6981c9385194d

M Indira Gandhi
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mahkamah Rayuan menolak permohonan guru tadika M. Indira Gandhi untuk mengemukakan bukti baharu berhubung samannya terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga yang lain atas kegagalan mereka mengesan bekas suaminya, yang membawa lari anak perempuan mereka.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan, dalam keputusan sebulat suara, mendapati bahawa permohonan tersebut tidak menunjukkan sebarang keadaan yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menerima bukti baharu itu.

Bukti baharu itu berkaitan penggunaan BUDI95 dan MyKasih SARA oleh bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan.

Hakim Mohamed Zaini, yang bersidang bersama Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata bukti yang ingin dikemukakan oleh perayu dalam rayuan itu tidak tersedia semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan hanya timbul baru-baru ini selepas perbicaraan tersebut selesai.

Beliau berkata dalam keadaan sedemikian, syarat pertama di bawah Peraturan 7(3A)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 telah dipenuhi, memandangkan bukti tersebut tidak tersedia dan tidak boleh diperoleh dengan usaha wajar kerana BUDI95 dan SARA100 hanya wujud selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi selesai

“Bukti yang ingin dikemukakan itu berkaitan dengan kejadian berlaku lama selepas tamatnya perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan selepas pendengaran rayuan di hadapan mahkamah ini. Oleh itu, ia merupakan bukti mengenai peristiwa terkemudian.

“Bukti baharu itu walaupun benar, tidak bercanggah dengan mana-mana dapatan fakta dibuat oleh Mahkamah Tinggi, dan juga tidak menjejaskan asas kepada keputusan tersebut. Bukti tambahan ingin dikemukakan oleh perayu tidak berdasarkan peristiwa berlaku sebelum 27 Jan 2020. Oleh itu, kami menolak permohonan ini tanpa sebarang perintah mengenai kos,”’ katanya.

Hakim Mohamed Zaini kemudian menetapkan 24 April untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh keputusan bagi rayuan utama.

Indira diwakili peguam Rajesh Nagarajan, manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register