BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tolak Saman Pemula Indira Gandhi Cabar Undang-undang Tukar Agama Kanak-kanak Di Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Tolak Saman Pemula Indira Gandhi Cabar Undang-undang Tukar Agama Kanak-kanak Di Negeri​

6aeb8b0c88ff3d4ecc2bd1011e2794b16a2bd959cb9e3

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman pemula yang difailkan oleh M. Indira Gandhi dan 13 yang lain yang mencabar kesahan undang-undang di tujuh negeri berkaitan penukaran agama secara unilateral melibatkan kanak-kanak tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Dalam keputusan disampaikan menerusi prosiding Zoom, Hakim Datuk Aliza Sulaiman yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa Indira Gandhi dan plaintif-plaintif lain, termasuk sebuah pertubuhan agama serta 12 individu, gagal memenuhi syarat ambang untuk membuktikan locus standi untuk membawa tindakan tersebut.

“Plaintif pertama (Indira Gandhi) tidak memfailkan sebarang afidavit, untuk menunjukkan bagaimana kepentingannya akan terjejas sekiranya relif yang dipohon tidak diberikan. Bagi plaintif kedua hingga ke-12 pula, tiada bukti dalam afidavit yang menyokong saman pemula itu, mahupun dalam mana-mana afidavit lain yang difailkan oleh plaintif, yang menunjukkan bagaimana kepentingan mereka terjejas.

“Tiada juga bukti bahawa plaintif kelima hingga ke-14 mempunyai anak atau anak-anak yang masih bawah umur dan mungkin terkesan oleh mana-mana peruntukan yang dipertikaikan.

“Kepentingan mereka dalam perkara ini hanyalah bersifat hipotesis atau akademik semata-mata. Oleh itu, permohonan plaintif ditolak,” kata hakim itu.

Beliau turut menambah bahawa tiada perintah mengenai kos dibuat memandangkan perkara tersebut melibatkan isu yang berkepentingan awam.

Pada Mac 2023, para plaintif memfailkan saman pemula tersebut, yang antara lain bertujuan membatalkan penukaran agama secara unilateral di tujuh negeri melibatkan Kerajaan Negeri Johor, Perlis, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat awal, Kerajaan Negeri Pahang turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu. Namun, negeri tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada tindakan undang-undang berkenaan, selepas meminda undang-undang negerinya bagi menghalang penukaran agama secara unilateral.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Johor, bertindak sebagai pencelah dalam saman pemula tersebut.

 
Back
Top
Log in Register